Rabu, 30 Disember 2015

Konsep Ubudiyyah

§  Al Ubudiyyah
v  Ubudiyyah secara umumnya memberi makna ibadah manakala secara khususnya dapat difahami dengan erti pengabdian kepada Allah SWT. Inilah yang merupakan sebab mengapa Allah SWT menciptakan manusia dan jin itu .

§  KONSEP UBUDIYAH

·         Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja .

·         Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya .
·         PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN UBUDIYYAH SERTA HUBUNGANNYA                                                
v  Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.

v  Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam dan menegaskan penolakan terhadap konsep 'matlamat menghalalkan cara'.

v  Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah .

·         KESAN YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI ERTA BUDAYA  ORGANISASI  YANG DIWUJUDKAN:

v  Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya .
v  3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsipagama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif .

v  3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsipagama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan