§
KESIMPULAN
Ø
Semua pihak mempunyai hubungan yang rapat antara
satu sama lain. Majikan tidak akan berjaya tanpa sokongan orang bawahan dan
sebaliknya. Oleh itu untuk mengharmonikan keperluan itulah Islam, menggariskan
elemen-elemen asas yang perlu dilaksanakan dalam sistem pengurusan untuk
mencapai segala sasaran dan objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah
organisasi. Tanpa kerjasama yang erat sudah tentu segala perancangan yang
dirancang tidak akan tercapai.
§
Sebagai rumusannya, Islam mempamerkna sifat-
sifat istimewa yang ada dalam pentadbiran dan pengurusan Islam antaranya ialah
:
v
Kepimpinan Islam mengambil kira kedua dua belah
pihak secara sepadu iaitu pemimpin dan yang dipimpin.
v
Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam
Islam terserlah satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk
berbincang, diskusi, berdialog dan bermesyuarat (syura) dan kebebasan untuk
mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
v
Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap
perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil
untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam organisasi. Langkah
diplomasi iaitu melalui konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal
yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan.
v
Islam banyak menonjolkan ciri-ciri pemimpin dan
kepimpinan yang tebaik elapas usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan