Rabu, 30 Disember 2015

Al Syura

§  Mengimplementasikan Amalan Syura
v  Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan.
v  Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhienya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.
§  Kepentigan Al Syura
v  Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal ,keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang .
v  Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam .
v  Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai .
v  Melalui syura , kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai .
§  Peranan Majlis Syura
v  Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
v  Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah .
v  Meluluskan program-program kewangan .
v  Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan